Tuesday 5 June 2012

Sepanjang Di KL

Assalamualaikum

Gila.. Sepatutnya takyah tulis pun kat blog.. Tapi aku nak tulis juga.. Hahahah

25 May:

Lepas balik dari Tawakkal,aku terus ambil taxi balik rumahku tercinta.. Selalunya kalau sampai KL,malam pertama mesti aku tidur rumah mentua aku.. Tapi sebab malam tu kakak aku balik,jadi aku tidur dulu rumah aku.. Lepas magrib, aku dengan mak aku gi Giant cari bahan nak buat breakfast esok pagi. Lepastu terus gi makan kat Ayam Penyet kat Prima.. Teringin sangat... Ayah aku semua tak join sebab tak lalu dah nak makan ayam penyet..

Mr.R balik dari HQ kami gi rumah mentua aku jap. Jumpa jap,ambil barang. Bila balik rumah ayah aku, tengok kereta Kakak aku dah ada.. Jujur aku cakap sebelum aku balik KL,aku taktahu apa perasaan aku bila nak jumpa kakak aku.. Masa kat Labuan tu aku doa banyak2 supaya aku takda la jeles atau apa sahaja sebab kakak aku dah ada baby.. Bila dah jumpa...... Alhamdulillah.. Seronok gila.. Cuma malam tu aku tak berani lagi pegang2 Mikail sebab dah bertahun aku tak pegang baby ni.. Mikail kerja nya senyum...mencebik... Kau agah dia dia senyum gatal.. lepas tu terus mencebik.. Muka bapa dia sebiji.. Hahahah Comel gila anak saudara aku... Mikail yang comel ok. Bukan ayah dia. Hahahh

26 May:

Aku gi Tawakkal.. Alhamdulillah...semuanya baik2 jer... Pukul 12pm sampai rumah terus makan sebab mak aku dah siap masak.. Petang tu sebelum asar kami adik beradik keluar bersama.. Mikail kami usung sekali.. Kami gi Mid Valley.. Aku dengan adik2 aku dah cakap awal2 nak kakak aku belanja sehelai dua baju ke kasut ke.. Felda kan dapat bonus!! Sampai sana adik2 aku dah shopping sakan.. Tapi aku lak yang takda feel nak membelah.. Kakak aku pun sama.. Kakak aku belanja makan kat Nandos... Aku memang tak suka nandos.. Dah lah aku ambil kebab apa entah.. Mikail?? Senyap takda nangis apa.. Tapi matanya terbeliak je tengok mid.. Aku kata kat kakak aku,anak kau ni terkejut baru keluar felda ni... Kakak aku pun sempoi jer walaupun dah ada anak.. Aku bayangkan kot lah dia asik sayang..sayang... Hahah 

27 May:

Pagi2 lagi aku dah gerak gi Seremban sebab kawan baik aku Yasmin kahwin.. Gerak lepas subuh sebab Mr.R nak gi Pasar Besar Seremban. Mr.R suka tengok barang antik. Haritu dapatlah 3 biji jam dinding antik. Sampai KL pukul 5.30pm. Aku suruh kakak aku tunggu sampai aku balik baru dia boleh balik Pahang. Sebaiklah abang ipar aku nak tunggu. Kalau tak jumpa harini alamatnya raya nantilah baru jumpa..

28 May:

Aku bawa adik aku dengan sepupu2 aku gi Wangsa Walk. Main bowling dengan game. Sepupu2 aku ni kecil2 je lagi. Petang tu terus ambil mak aku balik keja. Lepas hantar sepupu2 aku balik,aku gi makan kat Coffee Box di Prima dengan mak dan adik aku. Malam tu giliran rumah mak mentua aku pula. Kat rumah mak mentua aku makan lagi. Huuu... Gemuk den..

29 May:

Aku gi tebus voucher Groupon untuk buat rambut.. Kat Subang.. 5jam okay.. Sampai boring Mr.R.. Sebelum2 ni aku buat 8jam okay. Perempuan cina yang buat rambut aku tanya kenapa pakai tudung pun nak buat rambut? Lepastu gi makan kat secret recipe di mid valley.. Aku ambil cordon blue.. Masa ni perut aku dah tak boleh terima makanan dah sebenarnya.. Tekak aku dah start loya2 dah.. Aku telan juga sampai habis ayam tu.. Sampai je rumah mak mertua aku... Terus aku muntah2...sampai tersumbat sinki. Hahahah Kelam kabut aku sensorang dalam bilik air tu..

 30 May:

Gi Shah Alam bersihkan rumah kami. Kebetulan almari yang Mr.R order sampai harini. Sambil tunggu lori, bersihkan laman depan.. Koridor atas.. Mr.R cabut rumput semua kat belakang.. Baru lapang mata.. Rupanya jiran sebelah aku dah pindah.. Mungkin dia dah dapat beli rumah. Sebab haritu dia nak belirumah yang dia sewa sebelah rumah aku ni..Tapi tuan rumah taknak jual pula.. Bila lori sampai,susun2 barang mandi semua,terus gi makan. Lapaaar sangat masa ni.. Kami makan kat mana erh.. Lupa dah.. ooooo food court sogo. Perut aku tak sddap, Makanya nasi suku saja aku makan.. Cari hadiah untuk sepupu aku kahwin 23 Jun ni. Tapi aku tak dapat datang lah..

31 May:

Malam ni gi Carefour midvalley dengan anak2 saudara Mr.R dengan mak Mr.R..Perut aku tekak aku masih lagi meragam. Muntah2..

1 Jun:

Giliran rumah aku pula. Petang tu borak2 dengan mak aku.. Sambil2 tu aku belek buku2 masakan koleksi ayah aku.. Ada satu tu buku kek dan biskut dari Chef Hanieliza.. Kek Coklat Kukus.. Terus aku suruh mak aku buat.. Gi giant beli barang semua sebab kedai kek dah tutup pukul 8 malam. Malam tu buatlah kek kukus yang Mr.R sangat suka..  Malam tu lepas Mr.R balik dari Shah Alam,kami keluar gi Mali's Corner dengan UpTown Danau Kota dengan adik aku boy..

2 Jun:

Duk lepak rumah jer sambil tolong mak aku masak lala lemak cili api.. Petang tu mak aku bakar kek pula.. Kek Marble. Sedap gila.. Masa ni perut aku masih tak sedap langsung. Dah 8x gi toilet dan 3x muntah.. Risau aku dalam flight nanti macam mana..

3 Jun

Flight aku pukul 9 pagi. Mr.R hantar aku kat KLIA. Ondaway gi KLIA tu 4x berhenti R&R sebab aku sakit perut. Dalam flight aku tidur sampai dia kejut makan lepastu aku sambung tidur sebab taknak layan perut aku ni.. Tak lalu aku nak gi toilet kapal terbang kan..



2 comments:

  1. Elina dah balik yer.. ala, cena nak bagi adiah tu. Akak pos ke umah KL je lah yer. Nati balik baru tgk. Selamat sket kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. Haah Kak Reen.. Kak Reen pos ke rumah KL je lah.. Balik nanti saya tengok.. =) Thank You..

      Delete