Thursday 7 June 2012

Apa Yang Menarik Di Rumah Saya

Assalamualaikum

Hahah.. Apa yang menarik kat rumah aku ni??? Takda apa yang menarik pun.. Lagipun rumah kat pinggir bandar apalah yang ada sangat kan... Tapi takda siapa yang akan sangka hujung Batu Caves ada tempat macam ni.. Betul2 sebelah rumah aku jer..Bukan sebelah lah.. Kiranya memang dalam kawasan rumah aku pun..

Tujuan letak entry ni sekadar untuk memenuhi blog aku.

Meh aku tunjuk satu gambar dulu yer..


Haa... Dulu dalam ni adalah tempat yang dipenuhi air.. Dengan segala apa pun aku taktahulah.. Lepas ayah aku dapat tanah kat sini,ayah aku teroka bukit Batu Caves ni.. Hasilnya sekarang jadi sebuah gua yang kami panggil D'GUA.. Memang tiada apa yang menarik pun di gua ayah aku ni.. Mungkin bila masuk,kita akan rasa.. Wahhh..tak sangka ada gua kat sini.. "Hanyo Seni Mengenal Seni, Hanyo Woli Mengenal Woli".




Dah banyak aktiviti dijalankan di sini.. Dulu kat sini ada aktiviti macam rock climbing semua.. Ada satu group yang incharge.. Tapi lepastu ayah aku dapat projek apa yer...terus dah takda rock climbing semua tu.. Adik2 aku selalu lah panjat bukit tu dulu. Kat sini pernah buat kem motivasi.. Diorang berkhemah kat sini.. Pernah buat apa lagi erh... Aku dah tak ingat lah nama2 dia.. Pernah company2 buat majlis berbuka puasa.. Berbuka dalam gua.Tapi tempat ni tak exclusive.. Cuma nampak santai dan kekampungan..

Ayah aku hanya guna kayu2 lama untuk buat titi ni semua. Tiada nilai komersial kan..

Meh tengok lagi gambar


Dalam gua ni,ayah aku takda sentuh apa2 yang semula jadi pun.. Cuma ayah aku ada touch up untuk bagi menyerlah.. Aku ingat lagi macam mana ayah aku fikir bermalam2 untuk keluarkan air yang penuh dalam gua tu.. Ayah aku cuba2 banyak cara dan sekarang hasilnya boleh berlari2 dalam gua tu. Kalau malam adalah sangat cantik dalam gua ni. Pencahayaan yang ayah aku buat. Ada kelawar. Hahah

Meh tengok lagi


Ada lagi satu bahagian yang aku tak ambil.. Yang tu panjang ke dalam lagi.. Tapi sekarang ayah aku takda ambil untuk buat apa2 aktiviti gua rasa.. Sebab sekarang ayah aku tengah siapkan bahagian luar tu untuk orang buat aktiviti pelancongan. Mungkin bila siap bahagian tu,akan lebih meriah.. InshaAllah..



Kat dinding gua ni diukir ayat2 Alquran yang brkaitan dengan gua..


Buat masa sekarang ayah aku letak kolam ikan di sekeliling gua ni.


Kalau malam2 ni,lagi cantik.. Gambar ni semua aku ambil pagi.


Yang ukir ni bukan pelukis ke apa.. Tapi mempunyai bakat terpendam..


Ni batu yang terjuntai kat pintu masuk. Semulajadi..


Ingatkan nak ambil stalagtit yang jatuh..Tapi tak reti lak.. Stalagtit yang jatuh ni menjadikan stalagmit yang kat bawah dia ni semakin hampir dengan stalagtit ni..
 
Kalau ada sesiapa pernah terpergi gua ni (rasanya tak kot sebab takda siapa yang tahu rasa) dan rasa macam tak best,memang biasa je pun.. Cuma mungkin orang tak sangka ada gua macam ni di hujung Gombak ni.. Lagipun penerokaan gua ni pada mulanya cuma sekadar aktiviti ayah aku yang suka teroka tu.. Tapi aku sebagai orang yang pernah tengok keadaan asal gua ni rasa sangat bangga lah sebab ayah aku boleh teroka tempat tu sampai hasilnya macam ni..Waahhh terharu gitu Pak Mail.. Hahahah

Okay.. Nanti aku cerita lak siapa yang pernah sampai ke sini.. 

Okay,sekian..


4 comments:

  1. Eh. Taktau pun. Ayah Elina yg buat?? kagum.. arkitek eh pakcik mail tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak ramai yang tau Kak Reen.
      Taklah,Pakmail bukan arkitek. Pegang plan pun tak pernah.. Hihih

      Delete