Thursday 3 May 2012

Saya Tak Bodoh

Assalamualaikum

Pada tahun 1994.. Di sebuah Sekolah Rendah Taman Selaseh. Di dalam Kelas 2 Teratai.

Cikgu Shamsuddin : Saya mahu semua orang keluarkan buku ejaan. 
Semua pelajar mengeluarkan buku ejaan. Cikgu Shamsuddin yang sangat terkenal dengan mulutnya yang laser bila berkata. Dia garang. Semua pelajar takut dengan dia. Harapkan muka saja boleh blah.

Cikgu Shamsuddin : Perkataan pertama. BUAIAN

Dia berdiri berhampiran dengan seorang budak perempuan. Masa tu takda meja cantum2. Semua orang duduk sorang2.

Tetiba

Cikgu tu menjeling ke arah buku ejaan budak perempuan tersebut. -BUAIYAN-

Cikgu Shamsuddin : BODOH!! Eja buaian pun taktahu!!
Bergema satu kelas.

Cikgu Shamsuddin : Erh..eja buaian lah. Buaian. (Berjalan ke depan lalu dia menulis dia papan hitam)
Ketika itu semua mata memandang pada budak perempuan itu. Darah panas berlumba-lumba naik ke kepala.

Tetiba

Budak Perempuan Yang kena Bodoh : SAYA TAK BODOH!!!

Pelajar lain dan Cikgu Shamsuddin memandang tanpa kata.

Entah kuasa apa lah aku boleh cakap macamtu. Tapi tak sepatutnya cikgu tu keluarkan perkataan tu pada pelajar yang baru berumur 8 tahun. Sekarang aku dah tak ingat muka dia. Malang siapa jadi pelajarnya.

Budak2 sekarang,orang yang terdekat dengan aku lah.. Ada yang dah darjah emapat pun masih taktahu mengeja.. Jadi itu tugas seorang guru macam mana nak bagi anak murid dia pandai. Dengan cara yang berkhemah. Bukan dengan mengeluarkan perkataan macam tu. Sebaik aku dapat A utk Bahasa Melayu.



1 comment:

  1. 1994 dajah 2. aduyai..muda belianya anda... akak time tu siap amik PMR dah. Huhu :D

    ReplyDelete