Tuesday, 8 May 2012

Langkah Pertama Sudah Dilalui

Assalamualaikum

Tadi 3.30 pm rasa macam bosan lah sangat2 kat office. Selalunya kalau boring,aku baca2 blog orang. Ralit baca mesti tak sedar dah pukul 5 lebih. Ini tadi dah baca blog pun boring lagi.. Taktahu dah nak buat apa..(Ini kalau bos aku baca mesti kena jerit "FAIL NI YOU DAH BUAT BELUMMMM??!!") Sakit telinga i tau bos.. Sebab bos aku takda seminggu ni tu yang aku boring sangat ni... 

Jadi aku keluar bawa kereta. Mulut aku terkumat kamit... Jari aku sejuk giler. Jantung aku ni macam laju lah sangat... Tapi aku taktahu apa yang aku fikir... Lastly kereta aku berhenti betul2 depan Klinik Wong&Ung Sdn Bhd... Baru aku faham... Hati aku tergerak nak gi klinik ni. Buat apa aku pun taktahu.

Aku orang ketiga... Boleh kata setiap orang yang jumpa Dr.Mastura ni mesti 15 minit dah tentu. Kenkadang 30minit. Orang lain dah keluh2 sebab lambat. Aku pula rasa macam cepatnya nama aku kena panggil. Aku masuk jer bilik Dr..Dr terus cakap ada berita gembira??? Dengan nada yang baik yer.. Dr kenal aku sebab dulu dia lah yang detect aku ectopic... Aku kata belum... Bermula lah kisah penyair airmata...

Aku kata "saya taktahu apa tujuan saya datang sini doktor. Tapi saya nak doktor check lah apa2 yang patut kat saya ni" Aku kalau bab2 ni cepat sangat airmata ni nak bertakung. Kena pula Dr jenis melayan.. Lagilah kan...

Lepastu Dr pujuk aku dengan kata yang sangat memberansangkan... Bla...Bla....Bla(Sebab Dr ni speaking,Aku faham tapi nak tulis kat sini tak reti) Awak dari haritu lagi cepat sangat takut...Suka fikir bukan2... Aku katalah aku dah bengang sebab kat sini taktahu nak check kat mana sebab takda pakar utk buat treatment... Tetiba Dr tu cakap "awak boleh buat kat sini" Terkejutlah dan gembira lah aku. Aku kata kalau aku tahu Dr buat treatment ni dah lama saya jumpa Dr.. Aku tahu doktor ni pakar puan kat hospital Labuan dulu...Lepastu dia keluar buka klinik sendiri. Aku ingatkan dia cuma rawat orang demam ke,batuk ker..tangan terkehel ke... 

First dia suruh datang bila hari ke 21. Utk cek kesuburan. Aku terus cek calendar period aku utk set appointment..tetiba besar2 kat screen tunjuk harini aku hari ke 21... ALhamdulillah.... Jadi Dr terus je lah buat tadi. Tapi result minggu depan. Dia suruh call.. Aku kata lambatnya Dr... Kalau saya ada sakit pape merebak tak dia seminggu ni... Dr tu gelak.. Dia kata patient dia ada yang sakit "itu ini" Alhamdulillah Allah bagi juga...

Jadi sekarang LANGKAH PERTAMA sudah dilalui.. Langkah seterusnya minggu depan... Aku harap sangat Allah akan permudahkan jalan aku... Dan yang penting Allah Yang Maha Pelindung Lindungi aku dari sebarang penyakit Yang Boleh Menyukarkan Aku Untuk Peroleh "KurniaanMu".... AMiiinnnnnn

No comments:

Post a Comment