Thursday, 29 March 2012

Khamis Sudah Tiba

Assalamualaikum

Lagi beberapa minit kapal terbang dari LCCT akan tiba di lapangan terbang Labuan.. Tak sabarnya aku nak menyambut kepulangan suamiku yang tercinta. Ahhaakkkksss...

Pagi tadi aku bangun 3.45 am sebab nak kejutkan Mr.R.. Takut dia tak sedar pula. Bila dah calling2 tu.. Aku terus bangun mandi semua... Terus menuju ke tempat kegemaran aku.. Mana lagi.. Dapurlah... Sempena suami ku tercinta balik,aku buatlah Nasi Arab... Huahuahua... First time ni buat... Masa buat tu berdoa banyak2 supaya sedap dan tak pelik rasa dia...

Elleh...ye yer je ko makcik buat Nasi Arab... Hahahah Iyeeerrr... nanti aku tempek gambar kat sini. Aku cari gam tak jumpa lak. Hahahahh (Tak lawok dowh)...

Sambil masak,basuh baju.. Oppss..bukan aku basuh. Mesin lah basuh. Bila dah tenggek rice cooker tu... Aku teruskan rutin harianku semenjak ada kasut sukan ni... BERJOGGING okay... 15 minit..

Aku peliklah... Tadi aku jogging dalam rumah jer... Pusing ruang tamu aku tu... 15 minit aku rasa kejap giler.. 15 minit tanpa henti okay... Sebelum ni aku jogging kat luar... Nak tunggu 15 minit tu macam jam aku rosak jer... Tak gerak2 je masa aku rasa... Padahal kat kat bawah ni,kawasan luas yang amat.. Engkau pusing 2 round pun dah boleh pengsan... Sepatutnya akan rasa masa lagi cepat berlalukan...

Fikir punya fikir... Akhirnya aku dapat jawapan... Bila aku plan nak jogging kat bawah... Darah muda ku naik... Sebabnya...excited terlebih,dan otak fikir macam2 benda... Contohnya ada orang ke tak... Kalau ada orang nampak aku jogging mesti dorang pandang aku.. Mesti dorang nampak kasut baru aku.. Hahahh aku pun kena control2 ayu juga masa jogging tu... hahahah Tengah jogging,tengok kawasan tu dah mula ramai orang yang keluar utk gi kerja... Aku jadi segan2 sikit.. Tapi kena juga habiskan jogging 15 minit... Tu yang jadi... Mak aiiihhh...lamanya nak tunggu 15 minit ni...

Bila aku jogging dalam rumah...otak aku relax tanpa fikir apa2... Senyuuummm jer... Huauahuhuaahauah

Jadi,aku dah putuskan utk jogging di dalam rumah sahaja start esok...

Okayy....aku dah nak keluar nak gi ambil Mr.R ni... Betulkan baju sikit,tudung.. Sembur minyak wangi sikit... Biar terpesona Mr.R tengok wife dia ni.... Hahahahah

No comments:

Post a Comment